Sayu lihat tangisan anak kecil, Ustaz Ebit Lew datang ziarahi 2 beradik kehilangan ibu

Share

 

Semalam, kita dikejutkan dengan berita seorang ibu yang meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika mahu bergegas  ke tempat kerja.

Lebih memilukan apabila anak-anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah menaiki motosikal lain terduduk hiba setelah mengetahui jasad ibunya sudah kaku di tengah jalan ketika melalui jalan yang sama.

Santuni anak2 kehilangan ibu

Kisah hiba itu bukan sahaja mengundang sebak warganet, malah membuatkan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut sama terkesan dengan kejadian tersebut.

Oleh hal yang demikian, beliau sempat menziarahi kediaman adik Fatihah Aina, 7 dan abangnya yang berusia 18 tahun untuk bertanyakan keadaan mereka.

Tampil beri kata2 semangat

Dalam perkongsian tersebut, Ebit telah memberikan kata-kata semangat buat mereka serta menghulurkan hadiah serta sumbangan kepada kedua-duanya.

Beliau turut mendoakan agar dua beradik itu kuat menempuhi dugaan selain mengucapkan terima kasih kepada guru-guru sekolah atas keprihatinan mereka terhadap kebajikan pelajarnya.

Sayu rasa lihat mereka menangis

Rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa simpati atas ujian yang menimpa dua beradik berkenaan.

Warganet turut sama mendoakan agar mereka berdua kekal tabah dan kuat menempuhi dugaan ini serta berharap agar roh ibunda mereka ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman.

Terima kasih ustaz tenangkan mereka

Semoga adik2 terus dibawah lindunganNya

Sumber: Ebit Lew

Kredit : OhMyMedia

 

“Si adik berkurung dalam bilik..” – Dua beradik masih terkejut, hilang tempat bergantung

 

Leave a Reply