Ramas buah dada rakan sekerja yang pengsan, lelaki direman polis

Share

Cabul juruwang pasar raya, warga asing direman.

KULIM: Seorang lelaki warga Bangladesh direman tiga hari bermula hari ini hingga 10 Oktober bagi membantu siasatan kes mencabul seorang juruwang di sebuah pasar raya di Kulim, Kedah.

Suspek berusia 28 tahun sebelum itu dikatakan menceroboh masuk bilik stor yang terletak di bahagian belakang pasar raya terbabit sewaktu mangsa sedang berehat sekitar jam 11.30 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim, mangsa yang terkejut ketika suspek menerpa masuk, menyergahnya sebelum pengsan.

Ketika mangsa tidak sedarkan diri suspek dipercayai telah mencabul mangsa dengan memeluk, meramas buah dada dan mencium perut mangsa.

Mangsa yang tersedar tidak lama selepas itu telah menjerit mengakibatkan suspek panik dan melarikan diri.

Jelas Azhar, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kulim.

Suspek ditahan malam tadi di sebuah rumah di daerah ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan, suspek telah bekerja hampir dua tahun sebagai pembantu stor di pasar raya terbabit telah beberapa kali cuba menganggu mangsa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354/292 Kanun Keseksaan. Awani

Leave a Reply