Pemuda UMNO cadang BN dan PN jangan bertanding PRK Batu Sapi

Gelombang Covid-19 yang baharu sejak kebelakangan ini terutama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak seharusnya di pandang remeh.

Oleh yang demikian, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi kelak.

PRK Parlimen Batu Sapi dijangka akan diadakan pada masa terdekat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang bermesyuarat berhubung perkara tersebut selepas kematian penyandangnya, mendiang Datuk Liew Vui Keong (Warisan).

Kata Asyraf Wajdi, cadangan itu berikutan kegawatan penularan Covid-19 yang semakin parah di negeri tersebut sehingga mampu mencetuskan risiko keselamatan rakyat secara keseluruhan.

“Cadangan yang sama juga disyorkan kepada semua parti-parti politik lain termasuk PN bagi mengekalkan status quo kedudukan Parlimen Batu Sapi di bawah Warisan, menjelang PRK yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Fokus ketika ini harus diberikan untuk membendung wabak Covid-19 daripada terus menular di samping membantu rakyat menangani keperitan hidup yang terkesan dengan kegawatan ekonomi akibat pandemik yang tiada berkesudahan.

“Pemuda UMNO percaya sudah tiba masanya untuk ahli-ahli politik melangkaui sempadan parti dapat bersolidariti dan menzahirkan jiwa besar mengenepikan perbezaan dan persengketaan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” tulisnya dalam kenyataan Facebook hari ini.

Vui Keong menghembuskan nafas terakhir pada usia 60 tahun ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.

PRN Sabah sebelum ini telah mencetuskan keadaan tidak selesa dan terus di hantui kebimbangan dalam kalangan penduduk Sabah dan rakyat Malaysia berikutan peningkatan angka positif serta kematian tinggi sejak Jun lepas. MG

Covid-19 : SPR dicadang tangguh PRK Batu Sapi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker