Macau Scam: 730 akaun libatkan RM80 juta dibeku SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 730 akaun bank membabitkan wang berjumlah RM80 juta, serta merampas wang tunai kira-kira RM5 juta kerana disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata selain itu, 23 buah kenderaan mewah turut dirampas hasil pembongkaran sindiket penipuan dan judi dalam talian yang mempunyai kaitan dengan Macau Scam.

Antara kenderaan yang dirampas, katanya, ialah jenama Bentley, Mustang, Lamborghini, Porsche, Ferrari dan lain-lain, serta beberapa motosikal berkuasa besar – semuanya dipercayai dimiliki hasil aktiviti haram.

Selain itu, tambahnya, beberapa pegawai peguat kuasa turut ditahan kerana disyaki memberikan perlindungan terhadap sindiket yang dipercayai telah beroperasi sejak beberapara tahun lalu itu.

“Setakat ini, 11 orang awam rakyat tempatan dan seorang warga China ditahan SPRM dalam siasatan kami yang masih dijalankan.

“Pegawai kerajaan daripada agensi penguatkuasaan (pula) seramai lapan orang setakat ini ditahan dan sedang disiasat kerana disyaki terlibat dan memberi perlindungan kepada pihak Macau Scam ini,” katanya dalam temu bual secara langsung di stesen radio MACC.fm hari ini.

Azam juga berkata SPRM berasa curiga kerana sindiket terbabit boleh menjalankan aktiviti mereka secara bebas tanpa diambil tindakan penguatkuasaan sebelum ini.

Kegiatan penipuan Macau Scam banyak dilaporkan media sebelum ini dan melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Terdahulu juga, media melaporkan golongan artis juga dikaitkan dengan kegiatan Macau Scam ini sama ada sebagai mangsa atau dipergunakan untuk memudahkan pengubahan wang haram melalui usaha sama dan perniagaan sah.

Taktik itu dipercayai bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM melalui hasil risikan dan siasatan sebelum beberapa individu ditahan.

Guna artis cuci duit haram, 2 pegawai kanan polis ditahan (Macau Scam)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker