Letak tangan atas dahi fikir kes rasuah anda, kata Khairuddin kepada Lim Guan Eng

Khairuddin dalam satu tulisan di Facebooknya berkata yang dia terbaca “celoteh uncle Lim Guang Eng”.

Khairuddin meminta bekas ketua menteri Pulau Pinang itu memikirkan kes rasuah yang dihadapinya di mahkamah berbanding memperkatakan tentangnya.

“Saya tahu dia dan Teresa sangat berminat dengan saya. Saya rasa baik uncle letakkan tangan di dahi fikirkan kes rasuah di mahkamah yang beliau hadapi sekarang.

“Kes rasuah banglo yang digugurkan oleh rakan baik beliau yang jadi peguam negara sekejap tu tak payah sebut la sebab semua orang dah tahu cuma biasalah kawan-kawan uncle akan diamkan sahaja kerana dia kan macam ‘tokong’,” tulis Khairuddin.

Sementara itu Lim berkata, apa yang dia mahukan adalah keadilan dalam pelaksaan undang-undang tanpa ada pilih bulu.

“Keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Tidak lebih tidak kurang.

“Jangan Menteri dah buat antara dua darjat, tak kuarantin macam rakyat biasa, tak dihukum macam rakyat biasa kini pula nak melepas geram pun antara dua darjat, hanya sebut saya dan Teresa Kok.

“Cukuplah YB menteri. Insaflah, rakyat sedang memerhati,” kata Lim.

Apa yang kami nak ialah apa yang rakyat nak, iaitu menteri tak kuarantin dihukum macam kerajaan hukum makcik ‘gelang pink’,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

SAH Guan Eng akan hadapi 2 tuduhan rasuah baru Jumaat ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker