Kakak Mark Zuckerberg beri inspirasi kepada Abang Johari terhadap peranan orang utan

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyimpan kata pikat beliau sehingga di penghujung satu persidangan antarabangsa mengenai ekonomi digital pada Rabu dengan menunjukkan lakaran seekor orang utan dengan mesej hidupan yang sihat mampu melawan virus.

Menyampaikan ucapan penutup beliau di Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak Keempat (IDECS) di sini Abang Johari berkata beliau mendapat inspirasi membuat lakaran orang utan itu selepas mendengar satu pembentangan oleh Randi Zuckerberg, kakak kepada pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, pada persidangan itu.

Abang Johari berkata dalam pembentangannya, Randi berkata beliau bercakap mengenai menggunakan seekor kambing sebagai ikon untuk pengenalan korporat.

“Jika beliau ada kambing, kami ada orang utan sebagai simbol kami kerana habitat orang utan amat berkaitan dengan alam sekitar … orang utan di sini dikelilingi dengan persekitaran yang baik dan menawarkan kehidupan yang sihat yang boleh melawan virus,” katanya.

Dalam ucapannya beliau juga memberitahu peserta, yang menurut penganjur termasuk lebih 10,000 di dalam talian dari seluruh dunia, mengenai rancangan Sarawak untuk menambah baik infrastruktur digital ke arah menjadi sebuah negeri maju dalam masa 10 tahun termasuk penekanan keperluan menguasai Bahasa Inggeris.

“Penggunaan Bahasa Malaysia adalah masih mandatori kerana ia bahasa kebangsaan kami tetapi kami juga perlu menggalakkan generasi muda kami menguasai Bahasa Inggeris.

“Anda bayangkan hari ini, semua ahli panel bertutur dalam Bahasa Inggeris. Jika anda tidak memahami apa yang mereka cakapkan, maka anda akan merasakan anda seperti datang dari suatu tempat lain di dunia,” kata beliau. BERNAMA

Anwar ini pelik – Abang Johari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker