JPJ nafi terlibat acara bidaan plat ‘Lambo’

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menafikan mempunyai kaitan dengan sebuah majlis bidaan nombor Plat Kenderaan Khas siri ‘Lambo’ di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 9 Oktober ini.

JPJ menerusi laman Facebook memaklumkan, majlis itu tidak melibatkan pihak jabatan atau Kementerian Pengangkutan.

Katanya, siri ‘Lambo’ tidak pernah mendapat kelulusan dan wujud dalam sistem JPJ.

“JPJ memandang serius hal ini dan akan membuat laporan polis mengenai isu penipuan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, JPJ meminta orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang penipuan sebelum mendapatkan kepastian daripada sumber yang sahih.

Terdahulu, satu poster jemputan ekslusif ke majlis menandatangi 0169 Smtrack di Hotel St. Regis, Kuala Lumpur pada 9 Oktober ini tular di media sosial.

Menerusi jemputan itu, penganjur menyenaraikan beberapa acara kemuncak termasuklah bidaan secara langsung nombor plat Lambo 1 dan Lambo 2 hingga 9.

Acara lain yang disenaraikan termasuklah ucapan menteri dan sidang akhbar bersama JPJ. – K! ONLINE

 

Tempoh Diskaun 70 Peratus Saman JPJ & SPAD diLanjutkan Sehingga Hujung September Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker