Fikirkan keletihan, fikirkan kebajikan petugas barisan hadapan – Tuan Guru Haji Hadi

 

SHAH ALAM – Pas mengajak rakyat mengambil sejenak waktu memikirkan keletihan dialami petugas barisan hadapan pada waktu ini dalam usaha untuk memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, doktor dan jururawat yang pucat lesi wajahnya bekerja bertungkus-lumus demi merawat pesakit yang telah disahkan positif Covid-19.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, selain itu petugas barisan hadapan juga turut membuat ujian saringan kepada mereka yang disyaki memiliki kontak rapat dengan mereka yang positif.

“Pihak polis dan tentera yang bersengkang waktu berjaga setiap masa sampai merah mata semata-mata untuk menjaga rakyat di kawasan yang diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

Tiada masa cerita politik, kebajikan rakyat lebih penting – Annuar Musa

“Mereka inilah antara barisan hadapan utama negara kita. Kebajikan mereka perlu dijaga dan diutamakan. Marilah kita bersama-sama hentikan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan di laman Twitternya malam ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 375 kes baharu penularan jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 14,368 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, jumlah kes aktif di negara ini adalah sebanyak 3,703 kes.

Menurutnya, daripada 375 kes baharu, terdapat empat kes import mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan bukan warganegara manakala 371 kes penularan dalam negara, 342 kes melibatkan warganegara dan 29 kes bukan warganegara.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat lima kes kematian baharu direkodkan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 sebanyak 146 kes.

‘No’ Dap..‘No’ Anwar, Sokongan UMNO Secara En-Bloc

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker