Cemas! wanita bersalin ketika dalam pesawat

NEW DELHI – Seorang wanita melahirkan bayi lelaki ketika dalam pesawat IndiGo dari Delhi ke Bengaluru pada malam Rabu lalu, lapor berita Times Now semalam.

Kedua-dua ibu dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan pesawat berkenaan mendarat di sebuah lapangan terbang Bengaluru pada jam 7.40 malam waktu tempatan, menurut kenyataan daripada IndiGo.

Wanita Bunuh Remaja Hamil & Potong Bayi Dari Rahim

“Kami mengesahkan wanita bersalin dan seorang bayi lelaki dilahirkan tidak cukup bulan dalam penerbangan 6E 122 dari Delhi ke Bangalore. Tidak ada maklumat lanjut yang diperoleh.

“Operasi penerbangan adalah normal. Ibu dan kanak-kanak adalah sihat. Tahniah kepada semua. Pujian kepada latihan pasukan pertolongan cemas anda,” kata kenyataan itu.

Menurut Banglore Mirror, beberapa pegawai dan kakitangan penerbangan menyambut ketibaan bayi dan ibunya itu. – Agensi

Bapa tampar, lambung anak usia dua bulan ditahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker