Amaran Covid-19 buat penumpang bas KLIA2-Nilai Sentral pada 30 Sept

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah mengeluarkan amaran Covid-19 untuk penumpang yang menaiki bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Nilai Sentral pada 30 September.

Menurut makluman, bas myBAS dengan plat nombor NDH2259, berlepas dari Platform B10, KLIA2 pada jam 9 malam.

Penumpang diminta menghubungi bilik operasi Covid-19 Pejabat Kesihatan Seremban di talian 06-7634809.

Negeri Sembilan kini mempunyai 18 kes aktif sehingga semalam.

Negara menyaksikan lonjakan kes Covid-19 baru.

Terdapat 1,612 kes baru dilaporkan sejak Isnin, kebanyakannya di Sabah dan Kedah. Mk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker