“Si adik berkurung dalam bilik..” – Dua beradik masih terkejut, hilang tempat bergantung

Share

Perkara yang paling ditakuti setiap insan adalah menerima berita kehilangan orang yang tersayang dalam keadaan yang memilukan.

Semalam, tular mengenai satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta. Difahamkan, seorang wanita terkorban dalam nahas tersebut.

Seorang ibu maut kemalangan

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna bernama Nurfa Ray memuat naik beberapa gambar yang memaparkan keadaan di lokasi kemalangan.

Menurut Nurfa, gambar itu dihantar sendiri oleh suaminya yang kebetulan melalui kawasan kemalangan. Dikatakan, satu foto memaparkan seorang remaja lelaki dan murid perempuan berbaju seragam sekolah adalah anak kepada mangsa.

Pandangan kosong seorang anak rindukan ibu

Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook, Fathiah Farid yang merupakan guru kepada anak perempuan mangsa kemalangan memaklumkan mengenai keadaan terkini keluarga mangsa.
Anak perempuannya dikenali sebagai Aina,7, masih berduka dan hanya berkurung di dalam bilik. Bapa saudaranya terpaksa membawanya keluar untuk bertemu guru yang datang menziarah.

Arwah seorang ibu tunggal

Arwah melakukan dua kerja iaitu pagi bekerja sebagai tukang cuci dan pada malam pula, dia bekerja di kantin sebuah kilang di Gebeng untuk syif malam.
Kini, tanggungjawab menjaga dan menyara keluarga terletak di bahu anak sulung arwah yang baru berusia 18 tahun. Hasratnya untuk menyambung pengajian perlu dilupakan kerana perlu keluar mencari kerja.
Hiba rasa membaca kisah dua beradik ini, kini ibu yang selama ini menjadi ‘wira’ dan tunjang utama dalam keluarga pergi dengan sekelip mata. Semoga dua beradik tersebut dan keluarga mereka diberikan ketabahan bagi menghadapi kehilangan ini.

Sumber: Syapik Hassan & Fathiah Farid

Kredit : OhMyMedia

Leave a Reply