Apa terjadi selepas sesi ‘tawar-menawar’ berlian bernilai RM65 juta

HONG KONG – Berlian putih 102 karat yang paling jarang ditemui dijual pada harga AS$15.7 juta (RM65 juta) kepada seorang pembeli rahsia selepas sesi ‘tawar-menawar’ dilakukan secara dalam talian oleh pusat lelongan Sotheby’s di Hong Kong.

Ia diambil daripada batu berlian 271 karat yang ditemui di sebuah lombong di Kanada pada 2018.

Difahamkan, ia tidak mempunyai harga minimum yang tetap dan hanya tujuh berlian besar yang saiznya lebih 100 karat dan mempunyai kualiti sama telah berjaya dijual dalam sesi lelongan.\

Pacuan empat roda hilang kawalan rempuh 10 kenderaan di Ipoh

Sotheby’s menyifatkan berlian itu sebagai ‘sempurna’ dan sukar untuk mentakrifkan keistimewaannya.

Pada 2017, seutas rantai bertatahkan berlian 163 karat dijual dengan harga AS$33.7 juta (RM140 juta) dalam satu acara anjuran pusat lelongan Christie di Geneva.

Ia diperoleh daripada batu 404 karat di Angola itu didakwa sebagai berlian paling besar pernah dipamerkan dalam acara seumpama itu. – Agensi

KPM disaran tangguh sesi persekolahan!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker