Selangor rombak beberapa portfolio Exco. Apa sudah jadi?

Adun Tanjong Sepat Borhan Aman Shah (kiri) dan Adun Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dilantik sebagai Exco pada 17 September lalu.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri membuat rombakan kecil dalam pentadbiran membabitkan portfolio beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) termasuk Menteri Besar Amirudin Shari.

Amirudin berkata, rombakan kecil itu berkuat kuasa serta-merta susulan pelantikan 2 Exco baharu pada 17 September lepas iaitu Adun Tanjong Sepat Borhan Aman Shah dan Adun Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Selain itu, Amirudin berkata 5 portfolio baharu diwujudkan selaras dengan keperluan semasa kerajaan negeri iaitu portfolio pembudayaan inovasi dan Smart Selangor, pengurusan bencana, pemberdayaan pekerja, perpaduan dan industri halal.

Menurut Amirudin, Borhan diamanahkan sebagai pengerusi jawatankuasa tetap pembangunan luar bandar dan kampung tradisi, adat istiadat Melayu, kebudayaan dan warisan manakala Zawawi pula menyandang portfolio hal ehwal agama Islam, hal ehwal pengguna dan industri halal.

Tiada masalah… sekarang kita gembira – Bung Moktar

“Dua portfolio Exco sedia ada dijenamakan semula iaitu jawatankuasa tetap perumahan dan kehidupan bandar kini menjadi perumahan dan kesejahteraan bandar manakala jawatankuasa tetap kesihatan dikenali sebagai kesihatan awam. Ia bertujuan bagi cakupan yang lebih meluas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rombakan kecil portfolio baharu itu membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asal Hee Loy Sian; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio-ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau; dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud.

Amirudin yang sebelum ini pengerusi jawatankuasa tetap kewangan dan ekonomi, pembangunan tanah dan sumber alam, komunikasi strategik dan pendidikan pula ditambah 2 portfolio baharu iaitu pembudayaan inovasi dan Smart Selangor serta pengurusan bencana.

Beliau berkata, kedudukan 4 Exco lain dikekalkan dan pihaknya berharap penstrukturan berkenaan dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Selangor melalui khidmat bakti terbaik ke arah merealisasikan agenda “Selangor Maju Bersama”.

Wan Azizah masuk hospital

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker