Pindah banduan ke kem PLKN, elak penularan Covid-19

Jabatan Penjara Malaysia mengambil langkah tambahan dan drastik bagi membendung penularan wabak Covid-19 antaranya pesalah kes dadah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dikeluarkan dari penjara dan ditempatkan di beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwartakan sebagai penjara sementara.

Ketua Pengarah Penjara Zulkifli Omar berkata, jumlah keseluruhan yang dapat ditampung kem PLKN adalah disasarkan seramai 2,300 hingga 2,800 orang banduan.

Katanya, selain itu Pelaksanaan Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ke atas sabitan hukuman bawah setahun yang baki hukumannya kurang dari 3 bulan.

Katanya, mengikut statistik Jabatan Penjara, sehingga 5 Oktober lalu, terdapat 11,018 banduan hukuman kurang dari 1 tahun dan baki hukumannya kurang dari 3 bulan yang layak untuk dipertimbangkan bagi PBSL.

“Semua banduan yang dibebaskan melalui PBSL wajib melepasi kriteria pemilihan ketat yang ditetapkan dan disahkan lulus saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (KKM) terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, Jabatan Penjara menyeru orang awam di luar penjara untuk bertenang kerana penularan Covid-19 dalam kalangan banduan adalah dalam kawasan larangan penjara yang tertutup serta dikawal ketat.

Katanya, ini memberikan keyakinan penuh terhadap langkah segera yang diambil oleh pihak Jabatan Penjara bawah kawal selia ketat pihak KKM dan agensi penguatkuasaan lain.

“Jabatan Penjara mengambil serius jumlah peningkatan kes positif Covid-19 yang kini melibatkan jumlah besar dalam kalangan banduan dalam kawasan larangan penjara dan kawasan kawalan ketat.

“Penularan dalam kalangan banduan ini bermula di Penjara Tawau, Sabah apabila seorang banduan yang baru diterima dari Lahad Datu disahkan positif Covid-19 pada 2 September lalu.

“Kluster seterusnya pula dikesan di Penjara Alor Setar pada 29 September lalu,” katanya.

Zulkifli berkata, ketika ini, jumlah aktif Covid-19 dalam kalangan banduan dan kakitangan penjara seluruh negara bertambah 453 kes kepada 1,126 kes berbanding 673 kes semalam. FMT

https://mykmu.net/2017/06/07/calon-pm-bila-disebut-pakatan-itu-maksud-serah-pada-banduan-untuk-tentukan-hilang-akalkah-kita/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker