Pertemuan UPSI dan Ebit Liew ini akhirnya terjadi..

Share
Mohammad Shatar (kanan) bersama Ebit Lew (kiri) sewaktu meninjau suasana penghantaran pelajar pulang ke Kelantan dan Terengganu di Tanjung Malim

 

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjalin kerjasama dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew untuk menghantar pulang pelajar yang terkandas selepas kerajaan memutuskan penangguhan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka institusi pengajian tinggi (IPT).

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, pihaknya telah menerima surat permohonan rasmi untuk berkolaboratif bagi membantu pelajar setelah berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP), peraturan universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Ebit Lew telah menyewa dua buah bas untuk menghantar lebih 30 pelajar pulang ke Kelantan dan Terengganu.

“Bas berkenaan disanitasi terlebih dahulu oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebelum bergerak kira-kira jam 12 tengah malam tadi (kelmarin),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bantuan Ustaz Ebit Lew dihargai tapi perlu dapat kebenaran KPT, MKN

Menurutnya, pihaknya menyambut baik kehadiran Ebit Lew selain turut menyatakan kesediaan untuk menghantar bantuan jika diperlukan.

“Saya menganggap kesudian ustaz ke kampus semalam (kelmarin) sebagai titik permulaan kolaborasi yang sihat. Kolaborasi bukan sahaja dalam bentuk penghantaran pelajar pulang malah pengetahuan dalam bidang yang diceburinya.

“UPSI sememangnya menggalakkan pelajar-pelajar menceburi bidang sukarelawan dan pengalaman yang ada pada Ustaz Ebit Lew, saya yakin dapat membantu pelajar dalam bidang aktiviti itu,” katanya.

Mohammad Shatar berkata, aktiviti di luar bilik kuliah itu bukan sahaja meningkatkan ilmu pengetahuan tetapi juga kebolehpasaran graduan.

“Saya dan Ustaz Ebit Lew juga berbincang tentang aktiviti kemasyarakatan yang boleh disertai oleh anak-anak mahasiswa untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari mereka,” katanya.

Baik-baik semuanya, terima kasih Dato VC UPSI – Ebit Lew

Leave a Reply