Pemuda Umno minta kabinet tumpu 3 perkara penting

Ketika kebimbangan orang ramai terhadap Covid-19 semakin memuncak dan kabinet pula akan bermesyuarat, Pemuda Umno hari ini menggariskan tiga isu penting yang perlu ditangani segera kerajaan.

Ketuanya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tiga isu pokok itu berkait rapat dengan masalah dihadapi rakyat ketika ini.

“Satu, pelanjutan tempoh moratarium selama sekurang-kurangnya tiga bulan lagi.

“Kedua, bayaran one-off sebanyak RM500 kepada mahasiswa yang terjejas dengan penangguhan kemasukan akademik, dan ketiga, penangguhan sementara sesi persekolahan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.



Moratorium khas yang diberikan untuk meringankan beban ekonomi orang ramai yang terjejas dengan Covid-19 bermula April lalu dan tamat pada 30 Sept lalu.

Pada masa sama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan khas dan moratorium bersasar bagi membantu mereka yang terjejas akibat Covid-19 pada Julai lalu.

Selaras dengan penamatan moratorium itu, peminjam yang mempunyai pinjaman bank perlu membuat bayaran balik bermula Oktober ini.

Selain isu tanggungan kewangan, kebimbangan masyarakat sekarang ialah risiko penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar apabila sesi persekolahan masih berjalan seperti biasa.



Untuk rekod Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah mengeluarkan arahan agar proses pendaftaran secara fizikal pelajar baru di institusi pengajian tinggi ditangguhkan.

Semalam Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata sekolah tidak akan ditutup – kecuali di tempat yang ada mencatatkan kes positif Covid-19 – kerana berpendapat institusi itu lebih selamat berbanding di luar sekolah.

Kata Asyraf Wajdi kerajaan wajar memberi bayaran one-off kepada mahasiswa ekoran keputusan saat akhir KPT mengguhkan pendaftaran secara fizikal pendaftaran mahasiswa di universiti.

Keputusan yang dibuat kementerian pimpinan Noraini Ahmad itu menjejaskan sebahagian besar pelajar kerana mereka telah mendaftarkan diri di universiti.



“Apa pandangan anda? Ada perkara lain yang perlu diberikan perhatian segera oleh kerajaan?” tanya Asyraf Wajdi. Mk

Mahathir minta UMNO dibubarkan – Zahid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker