Parameter ‘sebenar’ kawasan PKPB di Klang hanya diketahui esok

 

SHAH ALAM – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor akan bermesyuarat esok bagi menentukan parameter kawasan PKPB di Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini susulan peningkatan kes pandemik koronavirus (Covid-19).

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) PKPB sebelum ini akan diperhalusi dan dilengkapkan pada mesyuarat yang akan melibatkan semua agensi, jabatan dan badan berkaitan itu.



“Sebarang penyebaran mengenai SOP bagi daerah Klang ketika ini masih belum muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan MKN esok. Perkara berbangkit yang lain juga akan turut dimuktamadkan,” menurut kenyataan itu.

PKPB: Jangan dek ghairah balik kampung, akhirnya orang tua dijangkiti COVID-19

Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya menyatakan bahawa kerajaan negeri mengambil maklum mengenai pelaksanaan PKPB di Klang dan pengumuman lanjut akan dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat MKN berkenaan.



Selain Klang, kerajaan Persekutuan turut mengenakan PKPB di zon merah iaitu Sandakan, Papar, dan Tuaran di Sabah bermula pada tarikh sama susulan peningkatan kes pandemik Covid-19 di kawasan itu.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, pelaksanaan tersebut diambil bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di daerah berkenaan selain membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. – Bernama

Klang dan 3 daerah di Sabah kena PKPB – Ismail Sabri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker