Ini ‘Permintaan Seorang Ibu’, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah…

Tolong henti wujud akaun FB palsu anaknya Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar

PETALING JAYA: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan mewujudkan akaun palsu anaknya, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim yang sudah meninggal dunia.

Dalam hantaran di Facebook Royal Johor hari ini yang bertajuk “Permintaan Seorang Ibu”, permaisuri Johor itu sedih dengan kewujudan akaun palsu itu.

“Sejak anak kami, Jalil, mangkat pada tahun 2015, terdapat banyak individu yang mewujudkan akaun Facebook palsu dan berpura-pura menjadi Jalil.

“Sebagai ibunya, dan bagi pihak keluarga kami, saya meminta pihak-pihak ini untuk berhenti, anda tidak sensitif dan hanya menginginkan perhatian, atau mungkin anda menganggapnya sesuatu yang lucu.

“Anda tidak tahu bagaimana melihat namanya di akaun yang aktif – seolah-olah dia masih hidup – mengembalikan kesedihan dan keperitan yang kami lalui,” katanya.

Ciapan Jelik Kepada Permaisuri, Warga maya bongkar identiti 4 individu

Tunku Abdul Jalil Iskandar anak ke-4 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 5 Disember 2015 akibat kanser hati, pada usia 25 tahun.

Raja Zarith Sofiah turut berdoa kepada pihak berkenaan.

“Sesiapa pun anda, semoga Allah akan membimbing dan mengurniakan anda kebijaksanaan-Nya, agar anda berlembut hati untuk memikirkan keperitan kami daripada menganggap kematian anak saya, Jalil, sebagai 1 jenaka, atau sebagai cara untuk melihat berapa ramai orang yang akan mempercayai anda dan ‘berkawan’ dengan anda.

“Cukuplah penderitaan Jalil semasa dalam kesakitan di dunia ini. Sekarang, izinkanlah rohnya berada dalam keadaan tenang dan tenteram di alam barzakh. Ini permintaan saya sebagai ibunya,” katanya.

Agong, Permaisuri berkenan Emolumen Diraja tidak dibayar 6 bulan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker