Covid-19: KSN jalani kuarantin

SHAH ALAM – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengesahkan beliau sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah sehingga 16 Oktober ini atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, ini kerana beliau telah menghadiri satu mesyuarat yang sama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada 3 Oktober lalu yang disahkan positif koronavirus (Covid-19).

“Saya telah menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan alhamdulillah, keputusannya adalah negatif.

Tiada lagi kuarantin di rumah bermula Jumaat

“Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sebagaimana yang disarankan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun katanya, situasi tersebut tidak mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam kerana beliau tetap meneruskan tugasnya dari rumah dan akan memanfaatkan aplikasi digital serta teknologi bagi menyelesaikan urusan.

Dalam pada itu, Mohd Zuki turut mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya memberikan pelepasan khas atau memberi kebenaran bekerja dari rumah kepada petugas-petugas yang disahkan mempunyai simptom Covid-19 atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang telah dijangkiti virus berkenaan.

Ini katanya, sejajar dengan Garis Panduan Pengendalian Isu-Isu Berhubung Covid-19 di Premis Kerajaan bertarikh 16 Mac 2020.

“Marilah kita semua terus berjuang melaksanakan tugas dengan penuh komited dan dedikasi demi negara yang kita cintainya,” katanya.

‘Perketat kuarantin, elak gelombang kedua Covid-19 seperti Australia’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker