Akhirnya Azmin buat kenyataan mengenai ujian Covid-19 beliau

Share

Teka teki mengenai status Covid-19 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akhirnya terjawab.

Dalam satu kenyataan, Mohamed Azmin berkata, dirinya tersentuh dengan keprihatinan masyarakat tentang dirinya dan keluarga.

Kata Ahli Parlimen Gombak itu, beliau telah menjalani dua ujian saringan Covid-19, dan kedua-duanya adalah negatif.

“Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian Covid-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.

“Buat masa ini, saya tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab dari rumah. Saya mendoakan semoga seluruh rakyat Malaysia senantiasa dilindungi dari jangkitan Covid-19,” katanya hari ini.

Sebelum ini kecoh di media sosial yang mendakwa Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Itu dijangkiti Covid-19.

Semalam, Setiausaha Akhbar kepada Mohamed Azmin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menafikan kedua-dua menteri itu positif Covid-19. MG

Identiti Pemandu Innova Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab

Leave a Reply