ADUN Kampung Tunku tuntut ‘Ratu Naga’ mohon maaf

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei yang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini menuntut pemilik laman sosial Facebook ‘Ratu Naga’ membuat permohonan maaf.

Beliau mendakwa, pemilik laman sosial tersebut, Syarul Ema Rena membuat hantaran di Facebook yang memfitnah dirinya.

“Saya telah mendapatkan nasihat peguam. Sekiranya ‘post’ ini tidak dipadam Ratu Naga – Syarul Ema Rena dalam masa satu jam dari sekarang dan permohonan maaf dibuat kerana membuat tuduhan ini, saya akan mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan selanjutnya,” katanya di akaun Facebook beliau hari ini.

Yi Wei turut memuat naik tangkap layar hantaran yang dipercayai disiarkan di laman sosial Facebook ‘Ratu Naga’.

Hantaran itu memaparkan gambar Yi Wei dan bertulis “Pembangkang main isu tuduh menteri kerajaan tak ikut SOP. Last-last wakil rakyat diaorang pulak yang sangkut Covid. Nampak tak siapa yang tak ikut SOP sebenarnya”

Kelmarin media melaporkan, ADUN Kampung Tunku memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling Jaya selepas melakukan ujian saringan kedua pada 2 Oktober lalu. – K! ONLINE

 

ADUN Kampung Tunku positif

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker