Wanita maut motosikal langgar babi

Kluang: Seorang wanita maut manakala suami cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabas apabila melanggar seekor babi yang melintas jalan di Kilometer 57, Jalan Yong Peng-Kluang, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, dalam kejadian jam 8.45 malam, Ruzita Kadiron, 43, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan kepala.

Katanya, suami mangsa patah tangan kanan selain luka di beberapa bahagian badan dan dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, di sini.

“Pasangan suami isteri ini dipercayai dari bandar Kluang dalam perjalanan balik ke kediaman mereka di Felda Kahang Barat sebelum terbabit dalam kemalangan ini.

“Mayat mangsa dirujuk ke Jabatan Forensik hospital itu untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian diharap tampil untuk menyalurkan maklumat – HM

 

‘Saya tak sempat elak…’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker