Najib pertahankan Menteri Agama dari dibidas netizen.

Share

Walaupun Menteri Agama kerajaan PN ini banyak mempertahankan PH serta mengecam saya semasa dia Mufti WP termasuk mempersoalkan sumpah laknat saya di Masjid (lagipun dia penyokong tegar Liverpool), saya rasa ada keperluan untuk mempertahankan kebenaran.

Ramai yang maki dia langgar kuarantin selepas pulang dari Sabah. Lalu dia menghadiri banyak acara awam.

Tapi dia pulang dari Sabah pada 24 September iaitu sebelum arahan saringan dan kuarantin wajib bagi semua yang pulang dari Sabah dikeluarkan pada 26 September.

Masa kempen PRN Sabah sedang berlangsung, geng PH dan NGO yang sewaktu dengan mereka seperti Aliran dan BERSIH telah membantah cadangan Menteri Kesihatan kerajaan PN melaksanakan kuarantin wajib sebab mereka kata ini akan hentikan penyokong PH dari semenanjung untuk pulang mengundi.

Masa itu, PH kata mereka sanggup mati daripada menyerah kuasa kepada PN. Lalu mereka memaksakan PRN Sabah walaupun dibantah kuat BN.

Saya percaya kerajaan PN terpaksa tunduk pada ugutan ini sebab tidak mahu PH menjadikan ini sebagai satu isu hangat PRN dengan menuduh kerajaan pusat PN telah membelakangani demokrasi serta merampas hak mengundi warga Sabah.

Jika masa itu PH menyokong kerajaan PN untuk mulakan kuarantin wajib lebih awal dan tidak membantah, lebih ramai kes Covid di semenanjung yang berasal dari Sabah mampu dielak.

Kerajaan PN juga patut membenarkan undi Pos bagi warga Sabah di seperti apa yang kerajaan BN pernah melaksanakan bagi pengundi-penguni di luar negara pada masa PRU14.

Jika kita boleh buat untuk pengundi di luar negara kenapa kita tak boleh buat bagi pengundi di luar negeri?

Kerajaan PN juga tak patut mengeluarkan arahan kuarantin 3 hari sahaja.

Patut wajibkan 14 hari sebab itu adalah tempoh inkubasi Covid walaupun ramai yang pilih (termasuk saya) untuk kuarantin diri secara sukarela selama 14 hari.

Tapi nasi dah jadi bubur. Namun PH dan PN tidak patut mengulangi kesilapan besar ini pada masa depan.

Saya juga berdoa agar Menteri Agama pulih sepenuhnya dengan secepat mungkin.

Dari FB Najib Razak

Kuarantin salah tak kuarantin salah, mudah jadi Dap

Leave a Reply