Nabi ajar pulang dari kawasan wabak, kuarantin diri sendiri – Dr. Maza

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar pihak yang tidak melakukan kuarantin kendiri setelah pulang dari tempat yang berlaku penularan wabak.

Asri antara lain merujuk kepada mereka yang pulang ke semenanjung setelah berkempen dalam pilihan raya negeri Sabah yang berjalan di saat peningkatan kes Covid-19 di sana.

Dia berkata, meskipun penyakit dan kesembuhan sebahagian daripada takdir, Allah menempatkan sebab musabab bagi setiap kejadian dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) adalah salah satu sebab yang boleh mengelakkan Covid-19.

“Kawasan wabak jangan dimasuki. Jika sudah masuk, wajib kuarantin diri. Itu SOP yang diajar oleh Nabi Muhammad dan dipersetujui oleh sekalian manusia tanpa mengira agama.

“Jika ada yang tidak patuh, maka akan menjadi mangsalah mereka yang patuh dan sekalian mereka yang menjaga segala peraturan yang ada,” katanya di Facebook hari ini.

‘Perketat kuarantin, elak gelombang kedua Covid-19 seperti Australia’

Untuk rekod, ujian saringan di lapangan terbang bagi mereka yang pulang dari Sabah hanya bermula pada 27 September.

Mereka yang terlibat perlu menjalani kuarantin di rumah sehingga mendapat keputusan.

Sekiranya negatif, mereka tidak lagi perlu menjalani kuarantin tetapi dinasihatkan untuk menghabiskan tempoh kuarantin 14 hari.

Asri turut menyelar keputusan ramai ahli politik, termasuk dari pihak kerajaan, untuk turut menyertai kempen PRN di Sabah.

Dia mendakwa ia menimbulkan kebimbangan di kalangan kakitangan kerajaan yang berisiko terdedah kepada Covid-19 apabila berurusan dengan mereka.

“Persoalan kita, perlukah semua orang politik ke sana? Perlukah semua menteri, semua kepimpinan parti, semua yang berjawatan dalam parti turut serta? Cacatkah kempen tanpa mereka?

KPM disaran tangguh sesi persekolahan!

“Itu belum lagi jika ada yang bertanya, peruntukan terbang ke sana dan penginapan serta pergerakan, di bawah tanggungan kerajaan atau sendirian?” soalnya.

Meneruskan kritikannya, dia juga membangkitkan pemimpin yang menurutnya tidak berfungsi di semenanjung, tetapi tetap terlibat dalam PRN tersebut.

“Jika ini masalah peribadi mereka dan parti sahaja tidaklah mengapa. Namun, ia telah menjadi masalah rakyat…Nak ke pejabat pun kita sudah bimbang,” katanya lagi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad menjadi anggota kabinet pertama yang disahkan positif Covid-19.

Justeru menteri lain dan pegawai tinggi kerajaan yang menyertai mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadirinya pada 3 Oktober lalu telah diarahkan menjalani kuarantin kendiri.

Sejumlah Adun juga telah disahkan positif Covid-19, iaitu Nor Hayati Bachok (Maharani), Lim Yi Wei (Kampung Tunku) dan Shatiri Mansor (Kota Damansara).

Kuarantin salah tak kuarantin salah, mudah jadi Dap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker