Muhyiddin sampaikan perutusan khas Covid-19 enam petang ini

Share

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan berkenaan keadaan semasa Covid-19, pada pukul enam petang ini.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung di Facebook dan juga saluran televisyen RTM, Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.

Perkara itu dimaklumkan di laman Facebook rasminya tengah hari ini.

Makluman itu tidak menyebut jika perdana menteri akan membuat sebarang pengumuman penting berkenaan perintah kawalan pergerakan.

Buat masa ini, Malaysia dalam perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember ini.

Negara menyaksikan kenaikan mendadak kes Covid-19 sejak bulan lalu, dengan keadaan kian memburuk sejak minggu lalu.

Rekod kes harian tertinggi dipecahkan tiga kali dalam masa seminggu, dengan jumlah kes baru semalam merupakan jumlah tertinggi dengan 432 kes.

Pada 2 Oktober, sebanyak 287 kes positif dilaporkan, menjadikannya kes tertinggi sejak 4 Jun.

Keesokannya pula, iaitu pada 3 Oktober, sebanyak 317 kes baru dilaporkan.

Selain itu, semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad disahkan positif wabak itu, membuatkan pihak berkuasa mengadakan ujian terhadap menteri dan pegawai tinggi kerajaan yang turut menyertai mesyuarat yang dihadirinya pada Sabtu lalu.

Dua Adun Selangor, iaitu Lim Yi Wei (Kampung Tunku) dan Shatiri Mansor (Kota Damansara) turut disahkan positif.

Mesyuarat sulit PH petang tadi dihidu media

Leave a Reply