Baik-baik semuanya, terima kasih Dato VC UPSI – Ebit Lew

Share

Di sebalik isu mohon maaf secara terbuka kerana menghulurkan bantuan kepada penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Ustaz Ebit Lew tampil sekali lagi di kampus universiti itu meneruskan misinya malam tadi.

Namun kali in beliau bersama-sama Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran menghantar dua bas untuk para pelajar univeristi pulang ke Kelantan dan Terengganu.

“Syukur Alhamdulilllah balik Kuantan terus saya ke UPSI. Malam ini saya bersama Dato VC UPSI menghantar lagi 2 bas pelajar pulang dari UPSI ke Kelantan dan Terengganu.

“Saya beri sedikit duit poket buat pelajar. Esok pagi insyaAllah saya sediakan lagi 5 bas free dan mengikut keperluan pelajar. Saya sedia je insyaAllah mana-mana universiti lain yang memerlukan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

“Seronok tadi. Baik-baik semuanya,” katanya dalam hantaran di laman Facebook sambl mengucapkan terima kasih kepada Dr Mohamad Shatar, pihak pentadbiran UPSI dan juga Majlis Perwakilan Pelajar.

Ebit Lew berkata, Naib Canselor UPSI turut meminta kerjasama untuk beliau membimbing para pelajar UPSI dalam melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat jika ada peluang.

“Satu hari nanti kita dah tiada. Anak inilah pengganti kita. Anak-anak inilah pemimpin masa depan. Sayangi dan bimbing mereka. Kita semua sebuah keluarga,” katanya

Pendakwah yang sering turun padang membantu masyarakat itu kelmarin memohon maaf kepada UPSI kerana tidak mengikut prosedur universiti ketika menghulurkan bantuan pengangkutan kepada para pelajar UPSI yang terpaksa pulang ke kampung halaman kerana tidak dibenarkan membuat pendaftaran bersemuka berikutan pandemik Covid-19. MG

Bantuan Ustaz Ebit Lew dihargai tapi perlu dapat kebenaran KPT, MKN

Leave a Reply