Azmin, Hamzah positif Covid-19? Apa kata setiausaha akhbar?

Share

PETALING JAYA: Setiausaha akhbar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin menafikan kedua-dua menteri itu positif Covid-19.

Ia berikutan dakwaan di media sosial mengenai menteri berkenaan dijangkiti virus itu.

Setiausaha akhbar kepada Azmin berkata kepada FMT, ia adalah berita palsu.

Sementara itu, setiausaha akhbar Hamzah turut mengesahkan ia tidak benar.

“Tidak ada laporan begitu. Beliau buat 2 kali ‘swab test’, keputusan negatif dan masih lagi dalam ‘home kuarantin’,” katanya.

Dr. Mahathir Sipelupa Yg Korbankan Jawatan Untuk Halang Anwar Jadi PM

Hashtag “kluster menteri” semalam “trending” di Twitter selepas seorang menteri Kabinet mengumumkan beliau positif Covid-19.

Reaksi di media sosial itu muncul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan beliau positif Covid-19, selepas Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata seorang individu yang menghadiri mesyuarat khas Covid-19 pada 3 Oktober lalu positif virus itu.

Hari ini, Adun Maharani, Johor dari Amanah, Nor Hayati Bachok positif Covid-19 selepas ujian kali ke-2.

Adun Kampung Tunku dari DAP, Lim Yi Wei semalam mengesahkan dijangkiti virus itu dan berkata dia berada dalam kuarantin di rumah selepas pulang dari Sabah pada 27 September lalu.

Adun Kota Damansara, Shatiri Mansor dari PKR, bersama isteri dan 2 anaknya juga positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

#KlusterMenteri ‘trending’ di Twitter

Leave a Reply