Langkah Dubai hanya khabar angin, tak berasas

Langkah Dubai hanya khabar angin, tak berasas

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selaku parti tunjang Gabungan Parti Sarawak (GPS), tidak berganjak daripada pendirian untuk memberi keutamaan kepada kestabilan politik negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Naib Presiden Kanan PBB, berkata parti itu sejak beberapa tahun lalu lagi sudah berulang kali menegaskan pendirian berkenaan demi kesejahteraan rakyat.

Justeru, beliau berkata, GPS menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga bagi memastikan kestabilan politik negara.

“Keutamaan kami adalah mewujudkan kestabilan politik dan memberi fokus sepenuhnya untuk pemulihan ekonomi serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu ditanya mengenai desas-desus kini muncul ‘Langkah Dubai’ yang didakwa didalangi pemimpin parti pembangkang, termasuk wakil tertentu kerajaan, bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cubaan didakwa itu didedahkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop.

Mengulas lanjut, Fadillah mengaku langsung tidak mengetahui perkara itu kecuali mendapat maklumat daripada media.

Sebelum ini, turut tular mesej melalui beberapa aplikasi media sosial mendakwa berlaku pertemuan tertutup membabitkan beberapa Ahli Parlimen PN dan Barisan Nasional (BN) di Dubai.

Gerakan itu didakwa diatur beberapa pemimpin PAS dan BERSATU untuk mendapatkan sokongan sebahagian Ahli Parlimen BN serta PBB.

Malah, mesej tular berkenaan mendakwa jawatan Perdana Menteri turut ditawarkan kepada PBB, selain autonomi lebih besar dan 20 peratus royalti hasil minyak kepada Sarawak.

Sementara itu Naib Presiden PBB, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata perkara berkenaan tidak perlu diulas kerana ia sekadar dakwaan yang tidak dapat ditentukan kesahihannya.

“Perkara yang belum ada ketentuan sahih atau tidak, tidak perlulah dikomen… (tetapi) kalau perlu (juga) dikomen, ia patut daripada individu yang membuat dakwaan terbabit, iaitu Timbalan Ketua Pengarah J-KOM.

“Pada saya, dakwaan sebegini adalah khabar angin semata-mara dan tidak berasas,” katanya yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. FMT

Langkah Dubai hanya khabar angin, tak berasas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Awak berhijab tapi berpakaian seolah terlanjang”

Senarai artis bercerai 2023

Pusinglah selagi boleh pusing, jumpa di mahkamah

Rita Rudaini mengamuk dituduh perampas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker