Tegur Ustaz Ebit Liew, Majlis Perwakilan Pelajar UPSI Dikecam ‘Bawang Rangers’

Trending #UPSI di laman Twitter menyaksikan rata-rata pengguna media sosial ‘back-up’ tindakan yang telah dilakukan Ebit Liew. Di mana, pendakwah bebas itu telah menyediakan beberapa buah bas sebagai perkhidmatan menghantar pulang pelajar yang terkandas di universiti.

Sebelum ini, Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan tindakan Ebit Lew tidak mematuhi SOP dan tidak mendapatkan kebenaran pihak berwajib.

 



Ebit Liew hero Malaysia

 

Bantuan Ustaz Ebit Lew dihargai tapi perlu dapat kebenaran KPT, MKN



Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan tindakan Ebit Liew adalah sesuatu yang sewajarnya sehingga layak diberi gelaran ‘Hero Malaysia’ atas bantuan dihulurkan.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi berkenaan turut ‘dipetik’ netizen yang dilihat tindakan mereka terhadap Ebit Liew itu tidak seharusnya berlaku. Tambahan, mereka telah menyuruh pendakwah bebas itu sendiri membuat permohonan maaf secara terbuka dengan bantuan yang dihulurkan kepada pelajar-pelajar untuk dibawa pulang ke Pantai Timur.

Terharu dengan tindakan ustaz

Malah, ada juga segelintir pengguna media sosial kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan MPP institusi berkenaan terhadap Ebit Liew. MPP institusi pengajian tinggi berkenaan turut disifatkan ‘angkuh dan bodoh’, itulah bayangan yang digambarkan oleh netizen terhadap MPP.



Sumber: Twitter

Related Articles

2 Comments

  1. Eloklah upsi tu tempat guru2 menimba ilmu,,kalau itulah level mpp dah nmpk apalah level guru yg upsi hasilkan

  2. Buat kebaikan amat digalakkan..tapi yang mibatkan tempat dan nak orang perlu minta izin bukan sesuka hati..sedekah pun ada tempat nya bukan sesuka hati sedekah..buatlah dengannilmu bukan KERANA aku ada semua

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker