PH Hipokrit, Prn Sabah ok, Prn Sarawak mengamuk – Najib

Datuk Seri Najib Razak mendakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) hipokrit selepas ‘mengamuk’ apabila Ketua Menteri Sarawak memaklumkan pilihan raya akan dibuat pada bila-bila masa.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, semasa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada akhir Julai lalu, kes Covid-19 sudah pun meningkat akibat penularan tempatan yang juga lebih tinggi berbanding di Sarawak.

Namun, ketika itu pemimpin PH menyokong penuh pembubaran DUN Sabah.

”Tapi bila Sarawak kata mereka perlu buat pilihan raya negeri dalam masa terdekat, orang PH mengamuk.

”Sarawak tak kata pun nak buat sekarang,” katanya sambil mendakwa pemimpin PH ‘mengamuk’ kerana Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan DAP ada di Sarawak.

Sedangkan UMNO, MCA, MIC dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tiada di sana.

”Jika Sarawak buat PRN sekarang maka PH bimbang mereka akan kalah teruk selepas kegagalan 22 bulan mereka dan pemimpin PH dari Semenanjung Malaysia dan Sabah mungkin akan mengalami masalah untuk berkempen di Sarawak memandangkan jumlah kes Covid di luar Sarawak lebih tinggi.

”Yang mereka fikir menguntungkan mereka, PH sokong penuh. Kata ini demokrasi dan mandat rakyat walaupun DUN Sabah tak perlu pun dibubarkan sehingga tahun 2023. Boleh serah kuasa di Sabah sahaja sebagaimana PH rampas kuasa pada tahun 2018 selepas beberapa ADUN BN Sabah melompat.

”Tapi mereka kata mereka sanggup mati daripada serah kembali kuasa. Lalu DUN Sabah dibubarkan dengan sokongan penuh PH. Akhirnya kalah juga dan kuasa diserahkan kembali.

”Bila tak menguntungkan mereka, PH kata ini malapetaka walaupun PRN Sarawak adalah mandatori mengikut perlembagaan mereka sebab tempoh 5 tahun sudah nak selesai,” kata Najib.

Katanya, DUN Sarawak akan dibubar secara automatik pada 7 Jun 2021 setelah genap lima tahun selepas Pilihan Raya Negeri pada bulan Mei 2016. – MG

Lelaki ‘wanted’ mengamuk ketika hendak ditahan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker