Najib cadang sekatan rentas negeri 14 hari untuk bendung penularan Covid-19

Share

Kerajaan mungkin perlu mempertimbang untuk melaksanakan larangan rentas negeri di semenanjung bagi tempoh sekurang-kurangnya 14 hari bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ini susulan peningkatan kes baharu positif Covid-19 sebanyak 432 sekaligus mencatatkan satu lagi rekod baharu sejak berlakunya pandemik di negara ini sejak Februari lalu.

“224 daripada 241 kes di Kedah ialah dari kluster Tembok melibatkan penjara Alor Setar yang telahpun dikenakan PKPD bersasar.

“Begitu juga dengan Sabah di mana kawasan-kawasan hot-spot telah diletak di bawah PKPD.

“Namun, pada pendapat saya ada keperluan PKPD bersasar diperluaskan di sekitar Meru, Klang dan kawasan sekitar penjara Alor Setar.

“Mungkin juga ada keperluan untuk melaksanakan larangan rentas negeri di semenanjung Malaysia sekurang-kurangnya 14 hari untuk mencegah penularan antara negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan 432 kes baharu positif Covid-19 hari ini jumlah keseluruhan kes di Malaysia adalah sebanyak 12,813.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,336 kes.

Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. MG

Polis tubuh pasukan khas kesan individu rentas negeri tanpa kebenaran, kata KPN

Leave a Reply