Iklan Dari Thailand Ini Raih Perhatian, “Tidak Pernah Mengecewakan…” [ VIDEO ]

Telah banyak kali dibuktikan bahawa jika sesebuah iklan itu dihasilkan oleh Thailand kita perlu menjangkakan sesuatu yang lain daripada yang lain kerana plot twistnya pasti jauh lebih kreatif dari kebanyakkan iklan-iklan lain yang biasa kita tonton.

Seperti contoh, sebuah iklan dari Thailand yang telah mencuri perhatian ramai di Twitter baru-baru ini adalah berkenaan dengan pembayaran bil-bil utiliti rumah.

Jika iklan-iklan seperti ini biasanya dihasilkan secara jelas dan direct, dalam iklan Thailand ini pula penonton disambut dengan seorang wanita yang masuk ke rumahnya dalam keadaan gelap gelita, sebelum dia menjerit kerana ternampak sesuatu yang menakutkan. Namun apabila dia cuba membuat panggilan kecemasan, telefonnya tidak berfungsi kerana dia tidak membayar bil telefon.

Babak tersebut kemudian beralih kepada suami wanita itu yang sedang memotong ikan segar yang masih bergerak-gerak di dapur. Namun lampu dapurnya tiba-tiba tertutup kerana dia tidak membayar bil elektrik sehingga ikan yang bergerak-gerak tadi tertumpahkan sos pada lelaki itu.

Oleh kerana tidak membayar bil air, dia juga tidak dapat mencuci sos dari badannya. Akibatnya, isterinya yang baru pulang terkejut melihat dia memegang pisau dengan baju berlumuran cecair berwarna merah.

Ternyata iklan lucu tersebut membuat ramai yang terhibur dengan kreativiti dan impak penceritaan sebegitu.

 

“Tak pernah mengecewakan…”

 

“Kan hujan kat luar tu…”

 

Sumber: Himpunan Cerita Lawak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker