Ejen Insurans dibunuh, rakan lelaki dipercayai ‘Cemburu’ ditangkap

Share

 

Malang nasib yang menimpa seorang wanita apabila dia ditemui mati di rumahnya di Taman Mahsuri, Kedah. Wanita tersebut merupakan seorang ejen insurans yang dipercayai dibunuh oleh rakan lelakinya.

Dibunuh rakan lelaki sendiri

 

Mangsa yang dikenali sebagai Siti Nor Sufieza Md Shariff, 23 tahun dijumpai oleh rakan serumahnya dalam keadaan terbaring di ruang tamu kediaman mereka. Pihak polis terus bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima maklumat berhubung tragedi pembunuhan itu.

“Sebaik tiba, anggota polis menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh. Kejadian dipercayai antara jam 4 petang semalam hingga 9.45 malam tadi.

Wanita mangsa bunuh ditemui tepi jalan

Pihak polis kini masih menyiasat punca sebenar kematian, namun menerusi siasatan awal terdapat sedikit kesan lebam pada bahagian leher mangsa. Kini, seorang lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai rakan mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan. Lelaki tersebut bekerja sebagai seorang peniaga di pasar malam.

Mangsa telah dibawa ke Jabatan Fornsik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terkejut dengan berita

Gambar sekadar hiasan

Menurut jiran mangsa dikenali sebagai Ahmad, menyatakan bahawa rumah tersebut didiami sekurang-kurangya empat wanita yang bekerja sekitar kawasan rumah tersebut. Mereka berempat juga jarang bergaul dengan penduduk kawasan tersebut.

Ahmad turut menjelaskan mereka jarang nampak mangsa dan rakan serumahnya kerana mereka bekerja setiap hari. Penduduk di situ terkejut apabila dimaklumkan ada polis datang ke rumah mangsa dan menemui seorang mayat. Sebelum ini, ada juga yang datang ke rumah mangsa untuk menjemput mereka di luar kawasan rumah.

Cemburu punca utama

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan Berita Harian, cemburu dipercayai punca gadis itu dibunuh di rumah sewanya.  Menerusi pemeriksaan yang dijalankan di rumah tersebut, pihak polis mendapati tiada barang peribadi milik mangsa yang hilang dan keadaan rumah tersebut dalam keadaan yang tidak mencurigakan.

Sumber: Berita Harian

Wanita mati dibunuh di ladang kelapa sawit

Leave a Reply