Azzam Sham juara Big Stage 2020

Share

Tepati ramalan, Azzam Sham, 23, diangkat sebagai juara Big Stage 2020 pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Kemenangan peserta kelahiran Kuala Lumpur itu membolehkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi. Naib juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi pula disandang peserta dari Kedah, Usop yang dianggap antara pesaing konsisten dalam musim ketiga program realiti itu.


Anak jati Kedah, Qody Rani pula diumumkan pemenang tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi. Tempat keempat menjadi milik penyanyi berasal dari Pulau Pinang, Dinnie Rashid, manakala Fadh Majid hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kelima.

Konsert akhir Big Stage 2020 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad menampilkan juri tetap Ajai, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, manakala Misha Omar sebagai juri jemputan.

Sementara menanti keputusan diumumkan, penonton disajikan dengan persembahan Faizal Tahir yang menyampaikan single terbarunya berjudul Nobody.

Takziah : Penyanyi & Peserta Big Stage 2020, Sandra Dianne Meninggal Dunia

Leave a Reply