Abang Jo teruja bermotosikal dari Sibu ke Kapit tinjau jalan baru

Lebih seratus penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai ekspedisi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dari bandar Sibu ke Kapit pada Ahad.

Bermula dari Boulevard Sibu Jaya pada jam 8.30 pagi, konvoi ini melalui beberapa persinggahan sebelum tiba di Dataran Bandar Kapit tepat jam 3.45 petang.

Ekspedisi ini membolehkan Abang Johari merasai sendiri pengalaman menggunakan jalan baharu di samping melawat beberapa tapak projek di Kanowit, Song, Kapit dan Baleh.

“Pemandangannya indah sekali.

“Saya nak datang ke sini (Kapit) menunggang motosikal bagi merasai sendiri pengalaman dan ini adalah impian masyarakat khasnya Iban di kawasan ini untuk mendapatkan jalan raya,” kata Abang Johari.

Turut menyertai ekspedisi berkenaan adalah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.

Dengan siapnya jalan baharu ini, perjalanan tanpa henti dari Sibu ke Kapit kini hanya mengambil masa sekitar dua jam berbanding, tiga jam menggunakan laluan sungai. Awani

Abang Jo enggan berjumpa dengan Anwar.

Anwar ini pelik – Abang Johari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker