2 budak lemas di Kajang

Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan kanak-kanak lelaki, 8, lemas dalam kolam tadahan air hujan di Jalan Cheras Prima, Taman Sutera, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.05 petang dan tiba di lokasi 5.21 petang.

Menurutnya, dua pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian membabitkan dua kanak-kanak lemas di dalam kolam tadahan air hujan dan diselamatkan orang awam sebelum dibawa naik ke tebing.

“Sebaik pihak bomba tiba terus melakukan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kerana mangsa tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hafisham berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kejadian.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. HM

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Bakau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker