Covid-19: Kesesakan penjara perlu dikurangkan, PKPD tak cukup tangani wabak – Pakar

Share
covic-19

Pakar penyakit berjangkit yang juga Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya Prof Dr Adeeba Kamarulzaman memberi peringatan hari ini bahawa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) tidak mencukupi untuk membendung penularan Covid-19 di penjara.

Sebaliknya, Adeeba menekankan isu pokoknya adalah kesesakan dalam penjara itu sendiri.

“PKP sahaja tidak cukup dalam mengendali isu Covid-19 dan penjara.

“Kurangkan populasi keseluruhan di situ dengan mencari alternatif lain untuk pemenjaraan dan pertimbangkan untuk mengurangkan jumlah (populasi di penjara).

“Isunya sekarang adalah kesesakan (di penjara),” ciapnya di Twitter sebagai respons kepada pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran yang dikenakan ke atas penjara di Alor Setar, Kedah hari ini.

Covid-19 kembali mengganas di Malaysia [Video]

Daripada 317 jangkitan baru yang dicatatkan semalam, Kedah mencatatkan jumlah kes kedua tertinggi dengan 102 jangkitan baru, termasuk dua pesakit yang pulang dari Sabah.

Perkara sama disuarakan oleh Senator Liew Chin Tong yang menggesa kerajaan supaya mengurangkan jumlah tahanan di penjara.

Menurutnya, ini terutama bagi kes-kes kesalahan ringan dan pesalah penggunaan dadah yang boleh dirawat di pusat serenti.

“Tindakan seperti mempertimbangkan hukuman khidmat masyarakat atau pembebasan bersyarat bagi mereka yang disabit kesalahan ringan ini wajar dilaksanakan bagi mengurangkan penyebaran Covid-19 dalam penjara.

Najib gesa bank lanjut moratorium pinjaman secara automatik

“Kesesakan penjara di Malaysia terjadi juga disebabkan cara kita mengendali kes-kes pesalah dadah. Sebanyak dua pertiga tahanan adalah berkait dengan kes dadah.

“Untuk penggunaan dadah, mereka sebenarnya boleh dirawat di pusat serenti dan bukan dianggap sebagai penjenayah,” katanya dalam satu kenyataan di blognya, hari ini.

Bekas timbalan menteri pertahanan itu turut memetik laporan bahawa seramai 73,000 tahanan ditempatkan di penjara yang hanya boleh menampung 52,000 tahanan.

 

“Jika penjarakan fizikal dilaksanakan secara tegas untuk mencegah penularan Covid-19, sistem penjara kita tentunya hanya dapat menampung jumlah tahanan yang lebih kecil.

Kes Covid-19 Malaysia meningkat dengan jumlah jangkitan tiga digit setiap hari, sehingga mencatatkan rekod kes harian tertinggi sejak bermulanya wabak awal tahun ini.

Awal bulan lalu, kluster Benteng LD di Sabah dikenalpasti dari lokap polis.

Kluster itu juga telah menyumbang kepada lonjakan kes baru, termasuk penularan di penjara Tawau.

Sultan Johor kurnia pingat kepada ‘Frontliners’ Covid-19

Leave a Reply