Annuar gelar Ketua Pemuda BN Sabah sebagai kanak-kanak

Annuar Musa menerusi ciapan twitternya hari ini menggelar Ketua Pemuda BN Sabah, Abdul Aziz Julkarnain sebagai kanak-kanak.

Ini berikutan Abdul Aziz membidasnya semalam dengan berkata Annuar melampaui batasnya apabila bercakap berhubung perkara yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.

Bukan urusan Annuar untuk membuat kenyataan berhubung kekurangan wakil orang Cina dalam Kabinet Sabah atau kemungkinan wakil PAS dilantik sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Beliau (Annuar) tidak patut bercakap mengenai perkara tersebut,kata Abdul Aziz lagi.

Annuar sebelum ini dilaporkan berkata bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak dapat melantik menteri berketurunan Cina kerana semua calon Cina gabungan itu tewas dalam pilihan raya negeri minggu lepas.

ISTERI GUAN ENG ‘BERLAKON’ TARIK SIMPATI

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker