Tiada keperluan perintah berkurung di seluruh negara, kata Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato Sri Ismail Sabri Yakob

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yakob menolak spekulasi bahawa kerajaan akan melaksanakan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini.

“PKP di seluruh Malaysia? Ramai yang tanya mengenainya, tetapi kita tidak akan laksanakan semula PKP,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, tiada keperluan untuk menyekat pergerakan di daerah atau negeri kerana hanya Selangor mencatatkan kes terbaru yang tinggi, iaitu sebanyak 31 kes.

“Negeri lain hanya merekodkan 1 atau 3 kes sehari. Ia tidak terlalu membimbangkan,” katanya.

Ia susulan peningkatan 3 digit kes harian sejak kebelakangan ini dan munculnya kluster baru di Semenanjung daripada kes indeks yang mempunyai sejarah perjalanan ke daerah zon merah di Sabah, iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.

KKM melaporkan sebanyak 287 kes baru Covid-19 semalam, kesemuanya membabitkan penularan tempatan.

Ia adalah angka tertinggi sejak wabak itu menular di negara ini. Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 11,771 kes jangkitan Covid-19. FMT

Kerjasama UMNO, Pas Jadi Keperluan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker