Menteri KPT sila letak jawatan, baca komen meletup ini

YB Dato’ Dr Noraini Ahmad – Menteri KPT diviral mahasiswa/ mahasiswi dengan hashtag #MenteriKPTSilaLetakJawatan disebabkan keputusan PENANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/BERSEMUKA PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER 2020.

Saya tidak tau apa reaksi terbaik untuk hal ini.

Tetapi saya percaya ia keputusan yang bijak, tetapi pahit untuk ditelan….!

Kenapa?

Kerana ada mahasiswa/ mahasiswi telah mengeluarkan kos membeli barang-barang keperluan untuk masuk universiti, ada dah bayar sewa rumah dan sebagainya… ada persiapan awal yg telah dilakukan mereka dan keluarga mereka..

Namun, kamu semua janganlah marah-marah dengan Menteri KPT ini.

Kamu orang pandai-pandai.

Menteri KPT telah menterjemahkan tanggungjawabnya melindungi mahasiswa/ mahasiswi, kamu adalah aset negara. Kamu ini perlu dipelihara.

Siapa menduga peningkatan pandemik Covid 19 ini ? Covid 19 yang semakin menular ini berlaku peningkatan yang mendadak.

Ini bukan salah Menteri KPT.

Dia cuba meletakkan institusi pengajian tinggi sebagai keutamaannya.

Allah yang berkuasa, makhluk tiada kuasa.

Lebih baik dia mencegah, mengambil langkah berani seperti ini sebelum ianya menular dalam IPT.

Kerugian berbelanja awal, boleh juga diganti. Jika kehilangan nyawa, tiada galang gantinya.

Ibu bapa menampung keperluan awal pelajar adalah tanggungjawab mereka. Ini usahlah diungkitkan.

Marilah kita bersama-sama menjaga keselamatan kita.

Ambil langkah berjaga-jaga.

Kita Jaga Kita!

Mudah-mudahan Allah SWT melindungi kita semua.

Love uols guys! Stay safe.

K Yaty.

Covid-19 : Bantuan tambahan kepada pelajar IPT

Kerajaan setuju yuran IPTA dikurangkan 15%

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker