Dr Adham ke Desaru esok tapi bukan untuk golf

Share

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba mengesahkan dia memang akan menghadiri program di sebuah resort di Desaru, Johor esok.

Bagaimanapun dia menafikan ia program golf dan malah berkata tidak tahu bermain sukan itu.

Penafian itu selepas warganet mengkritik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin atas dakwaan ke Desaru untuk satu program golf semalam.

Tangkap layar – didakwa sebagai garis panduan kepada pekerja resort – yang disebarkan di media sosial menunjukkan Adham juga mempunyai program di resort sama pada hari Ahad.

Bercakap dengan Utusan Malaysia, Adham menafikan ada bermain golf di Desaru semalam, sebaliknya berkata mempunyai tiga program Kementerian Kesihatan pada hari tersebut.

“Apa pula saya main golf? Ini fitnah,” katanya.

Dia juga dipetik akhbar itu sebagai berkata tidak tahu bermain sukan itu.

Katanya, program yang akan dihadirinya di Desaru esok berkenaan komunikasi untuk perubahan tingkah laku.

Semalam, gambar Muhyiddin di acara makan malam di resort tersebut tular di media sosial, mencetuskan kemarahan sesetengah pihak yang mendakwa perdana menteri tidak memberi tumpuan terhadap wabak Covid-19 yang menyaksikan pertambahan kes secara mendadak.

Turut tular adalah gambar sepanduk program golf anjuran Yayasan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di sebuah lagi resort di Desaru.

Peserta program itu didakwa akan bermalam di resort tersebut dan bermain golf di sebuah kelab berdekatan.

Menurut apa yang didakwa sebagai atur cara program, peserta dijadual mendaftar di resort itu semalam dan program berlangsung hari ini dan esok.

Bagaimanapun Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas berkenaan Covid-19 di Putrajaya hari ini. Mk

Adham Baba hilang dan main golf di Desaru?

Leave a Reply