Covid-19 : 317 kes baru dengan 1 kematian hari ini


PUTRAJAYA: 317 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, yang merupakan angka jangkitan harian tertinggi sejak wabak itu melanda negara ini, sekali gus melepasi angka 12,000 kes setakat ini.

Dalam pada itu 121 pesakit disahkan pulih hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 317 kes yang dicatatkan hari ini semuanya melibatkan penularan dalam negara.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 12,088 kes Covid-19 dengan 10,216 daripadanya sembuh.

Seramai 1735 pesakit kini dirawat di hospital di seluruh negara.

Satu kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian 137 orang.

Sementara itu, 29 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 4 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terkini #COVID19Malaysia 3 Okt 2020
Kes sembuh=121
Jumlah kes sembuh= 10,216 kes
Kes positif= 317
(kes import=0, kes tempatan=317)
Jumlah positif= 12,088 kes
Kes kematian= 1
Jumlah kes kematian= 137 kes
Kes dirawat di ICU= 29 kes
Bantuan Alat Pernafasan= 4 kes

PERINCIAN KES BAHARU (317)

SABAH : 155 KES TEMPATAN
-100 kes saringan bergejala yang melibatkan 96 warganegara dan empat (4) bukan warganegara
-35 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 33 warganegara 2 bukan warganegara.
-10 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara.
-4 kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara.
-3 kes daripada Kluster Laut yang melibatkan bukan warganegara.
-2 kes daripada Kluster Joo Hwa yang melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara.

KEDAH: 102 KES TEMPATAN
-97 kes daripada Kluster Tembok yang kesemuanya melibatkan 93 kes warganegara dan 4 kes bukan warganegara.
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-2 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lunas yang melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara.

SELANGOR: 32 KES TEMPATAN
– 15 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan 14 kes warganegara. dan 1 bukan warganegara
-12 kes daripada Kluster Jalan Meru yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-3 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11147 dan kes ke-11047 yang kesemuanya melibatkan warganegara.

TERENGGANU: 9 KES TEMPATAN
-7 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara
-1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke11477 yang melibatkan warganegara.
-1 kes saringan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) yang melibatkan warganegara.

PULAU PINANG: 3 KES TEMPATAN
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.

KELANTAN: 2 KES TEMPATAN
– 2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477 yang melibatkan warganegara.

NEGERI SEMBILAN: 1 KES TEMPATAN
– 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

JOHOR: 4 KES TEMPATAN
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.

KUALA LUMPUR: 4 KES TEMPATAN
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
– 1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara.

SARAWAK: 3 KES TEMPATAN
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.

PUTRAJAYA: 2 KES TEMPATAN
– 2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker