Apple iPhone 13 Pro Dijangka Bakal Diperkenalkan Dengan Sokongan ‘120Hz Pro Motion’

Belum sempat siri Apple iPhone 12 dilancarkan secara rasmi, ura-ura bagi model keluaran tahun hadapan iaitu siri iPhone 13 sudah mula dibincangkan.

Menerusi ura-ura terbaru daripada Ross Young selaku penganalisa iPhone memaklumkan Apple dijangka bakal menawarkan teknologi terbaru mereka iaitu 120Hz Pro Motion pada model keluaran tahun hadapan.

 

Teknologi refresh rate tinggi yang pada mulanya dijangka bakal ditawarkan pada iPhone 12 Pro walau bagaimanapun telah ditangguhkan berikutan beberapa isu.

Selain itu, Apple dijangka bakal melancarkan generasi ketiga iPhone SE pada tahun 2022. Model keluaran generasi terbaru ini bakal menawarkan rekaan seakan iPhone 11 dengan sokongan TouchID serta rangkaian 5G.

Setakat ini, ini merupakan ura-ura terawal yang dibincangkan mengenai rancangan Apple untuk mengeluarkan iPhone SE generasi terbaharu. Sama-sama kita nantikan pelancarannya kelak.

Apple dilaporkan bakal mengadakan acara khas pada 13 Oktober ini bagi melancarkan siri iPhone terbaru.

 

Gambar Sawah Padi Di Sabak Bernam ‘Viral’ Selepas Menjadi Pilihan Instagram Apple

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker