PM dijangka pengerusi mesyuarat khas Covid-19 esok

Share

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan mesyuarat khas mengenai Covid-19, kata seorang menteri, beberapa jam selepas negara mencatatkan angka jangkitan harian tertinggi sejak wabak itu menyerang.

Dalam pesanan di Twitter, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa menyuarakan harapan supaya “tindakan yang tegas dan segera” akan diambil.

“Besok YAB PM sendiri pengerusikan mesyuarat khas Covid-19,” katanya.

Sumber mengesahkan kepada FMT bahawa mesyuarat itu akan diadakan pada sebelah pagi.

Dalam pada itu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam responsnya kepada ciapan Annuar berkata, beliau berharap prosedur operasi standard (SOP) baru mampu mengekang virus itu.

“Kita tidak boleh berdiam diri.”

Terdahulu Kementerian Kesihatan melaporkan 287 kes Covid-19 direkodkan hari ini yang kesemuanya membabitkan penularan tempatan.

Ini menjadikan jumlah jangkitan wabak itu di negara ini sebanyak 11,771 kes.

Peningkatan mendadak itu juga menyebabkan seorang ahli Parlimen pembangkang dan 64 persatuan ibu bapa menggesa sekolah di daerah Klang ditutup. FMT

Najib dedah kenapa Tun M membencinya

Leave a Reply