Covid-19 : 287 kes baru hari ini

Terdapat 287 kes baru Covid-19 setakat 12 tengah hari tadi, menjadikan ia jangkitan harian paling tinggi sejak wabak ini menular, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan bilangan kes positif terkumpul seramai 11,771 kes.

Semalam, terdapat 260 kes baru, kes harian kedua tertinggi sejak 4 Jun lalu yang mencatatkan 277 kes.

Kedah mencatatkan jangkitan baru tertinggi hari ini dengan 129 kes, diikuti Sabah sebanyak 113 kes, Selangor (31 kes), tiga di Terengganu, tiga di Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing mencatatkan 2 kes, manakala Pahang, Kuala Lumpur, Johor dan Labuan pula merekod satu kes.

Terkini #COVID19Malaysia 2 Okt 2020
Kes sembuh=81
Jumlah kes sembuh= 10,095 kes
Kes positif= 287
(kes import=0, kes tempatan=287)
Jumlah positif= 11,771 kes
Kes kematian= 0
Jumlah kes kematian= 136
Kes dirawat di ICU=22 kes
Bantuan Alat Pernafasan=4 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, 2 lagi kluster baru Covid-19 dilaporkan di Selangor hari ini.

Ia membabitkan kluster Seri Setia dan kluster Sri Anggerik.

“Kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker