Amaran Tangkap buat ahli Hizbut Tahrir Malaysia

JOHOR – Polis Johor akan menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada ahli Hizbut Tahrir Malaysia sekiranya mereka melangkaui garisan keselamatan dan menggugat keharmonian negara.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, walaupun belum ada sebarang tangkapan dibuat, namun Polis Johor sentiasa memantau pergerakan anggota fahaman itu di negeri ini.

“Fahaman Hizbut Tahrir menolak demokrasi dan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan kufur, kafir dan sebagainya yang wajib diguling menggunakan kekerasan tetapi setakat ini belum ada tindakan ke arah kekerasan dilakukan.



Cium wanita, tonton video lucah: Golongan profesional, penuntut IPT antara pengikut Hizbut Tahrir

“Walaupun Hizbut Tahrir di bawah bidang kuasa jabatan agama, namun polis sentiasa memantau pergerakan kumpulan itu. Jika melangkaui garisan keselamatan, kita ambil tindakan tegas mengikut SOSMA,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini semalam.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 17 laporan polis diterima berkenaan Facebook Live yang dibuat Hizbut Tahrir selepas mereka gagal menyerahkan memorandum bantahan kepada Jabatan Mufti Johor pada Ahad lalu.



Katanya, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ADUN Johor dinasihatkan ketepi kepentingan politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker