Spekulasi BN Tinggalkan Kerajaan Makin Kuat

CYBERJAYA: Sokongan UMNO kepada Perikatan Nasional dilihat semakin rapuh sejak kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa beliau tidak dapat menyekat sekiranya ada ahli parlimen dari partinya yang mahu menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baharu.

Sesetengah pemerhati politik melihat kenyataan Zahid yang menyebut beliau difahamkan ramai ahli parlimen UMNO yang menyokong Anwar memberi tanda bahawa kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya telah tumbang.

Ini ditambah dengan kenyataan media Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang meminta UMNO memberi penjelasan sejelas-jelasnya tentang khabar angin sokongan kepada Anwar itu.

Hanya tunggu mengadap, senarai MP yang menyokong Anwar kini di pihak Istana

Kenyataan Takiyuddin itu memberi bayangan bahawa dakwaan Anwar bahawa beliau mempunyai jumlah sokongan yang mencukupi dan meyakinkan itu benar.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah yang terpaksa menyerahkan kerusi ketua menteri kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menambahkan keretakan antara dua parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus ditekan akibat dari beberapa keputusan yang lebih menguntungkan Bersatu berbanding UMNO.

Kedudukannya sebagai presiden parti jadi taruhan, menjelang pemilihan parti yang akan diadakan tahun depan.

“Zahid mesti buat keputusan segera. Beliau sudah banyak beralah dan ini memburukkan imejnya dalam kalangan akar umbi.

“Kalau terus macam ini, lebih baik beliau letak jawatan presiden parti,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insight.

Portal itu juga melaporkan bahawa Zahid telah mengadakan pertemuan dengan Anwar minggu lalu tetapi tidak diketahui ramai.

“Mereka ada berjumpa. Tengok dari sudut mana pun, pertemuan itu membayangkan bila-bila masa saja Umno akan menarik balik sokongan kepada kerajaan terutama selepas apa yang berlaku di Sabah,” kata sumber parti.

Pemimpin UMNO yang menyokong Anwar wajar dipecat

Sumber dalam UMNO mendakwa parti itu disabotaj semasa kempen pilihan raya negeri Sabah, malah kalah di Telupid apabila sekutu Parti Bersatu Sabah (PBS) yang juga sekutu Bersatu dalam Perikatan Nasional bertanding di kerusi itu.

“Mereka (Bersatu) janjikan jawatan kanan dalam kerajaan Sabah tetapi tidak tunaikan janji. Bung Moktar Radin terpaksa buat bising untuk dapat apa yang dijanjikan,” tambah sumber itu kepada TMI.

Bung, yang dilantik timbalan ketua menteri, juga diberi jawatan menteri kerja raya selepas tiga jam sebelum dilantik sebagai menteri perumahan.

Sumber dalaman UMNO berkata Zahid boleh memutuskan kedudukan Umno dalam kerajaan seawal sebelum pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November.

Suara.TV

Tok Mat desak Zahid tentu hala tuju Umno lepas ‘dipinggir’ di Sabah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker