Hanya Takiyuddin kenal Hamzah

Oleh Dr. Mohd. Azam Rauzan

Matlamat kita telah berjaya. Misi kita nak tumbangkan baki Rejim PH di Sabah ‘done’. Next kita fokus PRU15.

Kita pun dah kenal game sesama kita dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional. Cukuplah komen-komen retorika untuk menyedapkan halwa telinga. Kita pun kena sedar dan harap-harap dah sedar bahawa masing-masing ada nafsu dan impian. Piagam hanya menjadi hiasan di dinding. Tapi pada realiti…hanya Takiyudin kenal Hamzah.

Jom fokus dan lakukanlah post mortem. Jangan buat benda pelik-pelik. Contoh bagi hampir semua kerusi puteh pada PPBM lepas itu nak berebut jadi CM. Ini saya tak boleh brain.

Saya nak ucapkan syabas kepada Saf kepimpinan UMNO termasuk Bung serta seluruh jentera UMNO yg sanggup ke medan perang dalam keadaan kita sedang mengharungi Covid.

Banyak perubahan-perubahan dan tranformasi pada calon-calon BN di PRN Sabah. Cuma sayangnya, kita diberi kerusi-kerusi yang bukan lagi “MILIK” BN serta tikaman calon-calon proxy.

Kita dah korbankan hampir 15 kerusi kepada PPBM. Itupun kita masih tidak dihargai malah dikecam hebat oleh mereka. Tak mengapa. Kita berlapang dada. Apakah ini akan berulang lagi pada PRU15? Saya yakin kita akan bangkit kembali menjadi teraju negara. Tapi..

Tapi dimana silap matanya? Jawapannya mudah. Kita ada banyak tali barut. Ini kalau Zahid tak kenal pasti dan takut nak bertindak… UMNO akan menjadi satu parti boneka.

Hargailah segala perngorbanan ahli-ahli akar umbi yang menjadi nadi UMNO. Jangan hampakan kami. Kami bukan patung. Kami juga manusia berjiwa dan berperasaan. Kami sayang UMNO.

Selamat berjuang sahabat-sahabatku. Dunia kebangkitan semula UMNO baru bermula.

Jangan hirau tentang UMNO menjadi underdog dalam persada politik negara. Sepatutnya fokus kita adalah membantu Presiden bukan menuding jari. Tapi sebagai ahli biasa, kita juga berhak untuk beri pandangan. Kekadang pemimpin terkhilaf percaturan. Kita ingatkan.

Umno menjadi lemah bukan salah individu tertentu tapi salah sebahagian ahli parlimen serta Asun kita yang khianati kita menjadi katak dan tali barut UMNO. Ini penyakit manusia rakus dan musibat.

Masih ramai lagi yg seangkatan di dalam parti termasuk dalam kabinet. Ini kalau UMNO masih kekalkan mereka.. Saya yakin selepas PRU15 atau di saat bubar nanti, mereka akan tunjuk wajah sebenar mereka.

Selamat berjuang. Jangan hampakan kami di akar umbi. Kepada Allah kami bertawakkal.

Dr. Mohd. Azam Rauzan merupakan mantan Adun Penawar.

Wan Fayhsal jangan jadi kaduk naik junjung

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker