Bersatu berpeluang rampas kembali kerusi 6 ahli Parlimen Bersatu selepas pindaan perlembagaan?

Enam MP BERSATU yang nyatakan sokongan kepada PM: Dari kiri Zahari Kechik, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Datuk Zulkafperi Hanapi, Mohd Azizi Abu Naim, Datuk Suhaili Abdul Rahman dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

KUALA LUMPUR: Enam Ahli Parlimen BERSATU yang berpaling tadah dengan mengisytiharkan sokongan terbuka kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu bersedia berhadapan tindakan menjelang pindaan perlembagaan parti pada Perhimpunan Agung Khas, 2 Mac ini.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata mereka tetap akan tertakluk kepada pindaan perlembagaan parti kerana masih ahli parti walaupun pindaan dibuat selepas sokongan terbuka dibuat.

Beliau ditanya kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim yang menyatakan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri tidak terkesan dengan pindaan perlembagaan bakal dilakukan parti itu.

Mohd Azizi mendakwa pindaan itu parti tidak boleh membuat tindakan kerana perlembagaan diubah selepas beliau membuat keputusan menyokong Anwar.

Beliau juga mendakwa pindaan itu tidak akan menghalang dia daripada terus berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

Mudah untuk PN kosongkan kerusi

Wan Ahmad Fayshal yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, keputusan perhimpunan agung khas itu nanti dijangka memudahkan Perikatan Nasional (PN) mendapat semua kerusi Parlimen dan DUN yang kini disandang Mohd Azizi.

“Mudah untuk kita kosongkan kerusi,” katanya.

Ditanya sama ada pindaan perlembagaan parti itu nanti akan menyebabkan kerusi enam Ahli Parlimen dikosongkan, katanya beliau tidak boleh menjelaskan mengenai perkara itu.

“Saya tidak boleh jelaskan, …kita kena tunggu Perhimpunan khas untuk pinda perlembagaan parti,” katanya.

Mengulas isu sama, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris menjelaskan pindaan perlembagaan parti itu nanti akan terpakai kepada enam Ahli Parlimen itu kerana mereka mendakwa masih Ahli BERSATU.

Katanya, beliau yakin enam Ahli Parlimen yang sudah menyatakan sokongan kepada Anwar, tidak akan berani untuk melepaskan jawatan kerana masing-masing bimbang kehilangan kerusi sekiranya diadakan pilihan raya kecil (PRK).

“Di pihak BERSATU, parti itu sememangnya bersedia sekiranya enam kerusi berkenaan dikosongkan dan diadakan semula pilihan raya,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker