Gendang pilihan raya kedengaran di Sarawak

Share

Paluan gendang sudah kedengaran di Sarawak pada ketika Pilihan Raya Sabah baru sahaja menutup tirainya.

Sinchew Daily melaporkan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang giat melakukan persediaan pilihan raya.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Peng sudah memanggil semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS untuk bertemu dan berbincang mengenai soal pilihan raya pada Rabu.

Walaupun pertemuan adalah mengenai taklimat rancangan pembangunan, tetapi isu pilihan raya negeri juga pasti akan disentuh.

Seorang ADUN memberitahu, mesyuarat dijangka menumpu kepada rancangan transformasi desa.

“Ini dijangka merupakan kali terakhir penilaian dilakukan ke atas rancangan transformasi desa di seluruh negeri sebelum diadakan pilihan raya negeri,” kata ADUN itu kepada Sinchew Daily.

Walau bagaimanapun, wakil rakyat GPS itu percaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tidak akan dibubarkan pada bulan akan datang kerana mesyuarat DUN akan berlangsung dari 8 November hingga 18 November.

Selain itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sedang merancang persidangan perwakilan untuk kawasan Kuching pada 25 Oktober.

DUN Sarawak justeru dijangka hanya akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet Sarawak. MG

Jangan perlekeh ‘Anak Sarawak’

Leave a Reply